Kelas Asas ICT: Microsoft Office Powerpoint (Pantun) dan Tayangan Video KDB Sesi Disember 2019 (Sesi I)

6 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 disember 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Asas Microsoft Powepoint (Pantun) dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 2.00 hingga 5.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh 12 orang peserta yang berumur antara 11 hingga 40 tahun. Selain itu, peserta juga terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah, dan lepasan STPM serta bekerja sendiri. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

• Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Power Point 2013.
• Mengetahui kegunaan MS Power Point untuk membuat Slide Persembahan (Presentation) untuk sebarang acara majlis, mesyuarat dan sebagainya.
• Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide MS Power Point berdasarkan contoh yang telah diberikan.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar peserta yang mengikuti kelas seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Tahniah dan selamat maju jaya semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali